Saturday, March 6, 2010

Piala Presiden 2010




Assalamualaikum W.B.T...

Alhamdulillah..dalam kesempitan waktu,sempat jua saya nak update blog..minggu yang sungguh memenatkan..melunaskan kerja dan tanggungjawab sebagai exco di BKAN memang sesuatu yang mencabarkan..akhirnya,harini ada jugalah offday untuk kami di peringkat BKASM setelah sesak hampir seminggu meluangkan masa bersama ahli dan pelbagai program yang telah disusun.

Fokus utama harini adalah sekitar program tahunan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM),Piala Presiden..segala yang dicatatkan pada entri ini hanyalah ulasan ataupun gulungan bagi program tiga(3) hari PMRAM,dari 2-4Mac..asal cadangannya adalah game 11sebelah,tapi disebabkan beberapa masalah teknikal,maka kejohanan kali ini dianjurkan dalam bentuk futsal..seronok bercampur sedih rasanya kerana tak dapat beraksi dalam kejohanan kali ini bersama team Selangor,tapi,jadi team sorak pun jadilah..dapat gak memeriahkan suasana di Istad Nadi Riadhi,Hayyu Sadis..

Bak pepatah Arab yang bermaksud "akal yang sempurna(cerdas) itu lahir dari jasmani yang sempurna(cergas)",maka PMRAM terpanggil untuk menganjurkan program sukan yang sedikit sebanyak mengasah bakat baru juga sekaligus meletakkan bahawa mahasiswa Islam bukan hanya sekadar menghadap kitab kuliah dan talaqi sahaja,bahkan kecergasan jasmani dan kesihatan tubuh badan juga turut perlu dititikberatkan..

Sebanyak lebih 20team telah menyertai kejohanan futsal Piala Presiden pada tahun ini dari pelbagai DPM dan juga BKAN.satu kerjasama dari PMRAM di setiap peringkat..tahniah untuk kita..Satu Hati..



SELANGOR???

Bercerita serba sedikit tentang team dari Selangor,alhamdulillah pada kejuaraan kali ini kita dapat menghantar 2team,yang mane satu team telah tersingkir di peringkat kumpulan iaitu Selangor A,manakala satu team yang berbaki meneruskan perjuangan untuk dinobatkan sebagai juara kejohanan kali ini..alhamdulillah walaupun saingan agak getir dari team BKAN & DPM lain,Selangor berjaya menyerlah sekaligus merangkul pingat bronze untuk kejuaraan kali ini..ala kulli hal,tahniah kepada team Selangor B kerana mengharumkan nama PMRAM cawangan Selangor..kita pastikan Piala Malaysia milik kita!!

Keputusan??
jeng..jeng..jeng..akhirnya,PMRAM cawangan Kelantan dinobatkan sebagai juara setelah menundukkan PMRAM cawangan Kedah dalam perlawanan final yang agak sengit..tahniah buat team Kelantan..gomo klate!!

Moga program sebegini rupa jua dapat mengeratkan silaturrahim antara kita..Kita PMRAM!!!

0 comments: