Tuesday, February 16, 2010

Daie & Mad'u

Assalamualaikum W.B.T..

Perjuangan adalah sesuatu yang pahit ditelan tapi manis untuk dirasai.Bukanlah berjuang namanya andai tidak terkorban,tidak kira samada dari segi nyawa,harta dan sebagainya.Apapun,entri kali ini adalah sekitar perbicaraan serba sedikit mengenai Da'ie dan Mad'u,bukannya daie nada(nama kumpulan nasyid terkenal dari Indonesia) dan madu.

Konsep berjuang dalam Islam bukanlah sekadar retorik semata.Terdapat nas2 dari AlQuran dan Hadis menceritakan pelbagai perkara tentang perjuangan yang mana antaranya,firman Allah yang lebih kurang begini maksudnya : "Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang berjuang di jalan Allah(menegakkan agama Allah) seolah2 mereka itu satu bangunan yang teguh." serta pelbagai lagi dalil.

Dakwah juga adalah salah satu dari jalan2 perjuangan.Pada masa kini,dakwah bukanlah sesuatu yang sukar disampaikan,tetapi semuanya tergantung kepada cara penyampaian dan method dakwah tersebut.jadi,sukalah saya untuk berkongsi sedikit ilmu yang juga dikongsikan kepada saya sebagai panduan ataupun muhasabah kepada gerak kerja kita bersama.

PENDEKATAN USRAH DAN NAQIB :DALAM MENGHADAPI MAD’U TERKINI

Ruh Ibadah Islam adalah agama “misi dan dakwah”.Peranan sosial dan dakwah mampu menyentuh seluruh lapisan masyarakat untuk mengubah dan mencelupnya dengan warna Islam secara teori dan praktis.Kapasiti daie,kemampuan ilmu,kecekapan dan keteladanan mampu memahami rahsia jiwa seseorang serta mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada.Memiliki firasat yang tajam dan hujah yang kuat serta memiliki kemampuan “indra ketuhanan” untuk menarik simpati hati,mampu menyatukan jiwa dan berinteraksi dengan gerakan dakwah.Perbaiki dirimu !

Wujudnya peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk berjaya.Pengorbanan para daie dari segi harta, tenaga dan waktu,memberi uswah hasanah, menampilkan gambaran nyata tentang Islam.Pemahaman yang universal dan toleransi dalam masalah khilaf dan furu’ dengan method tadarruj.

Tugas Daie adalah tugas pegawai elektrik, mengalirkan kekuatan dari sumbernya ke setiap hati agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.Tatkala ingin memikat hati mad’u,anda adalah daie,bukan ulama’ atau fuqaha’ jauh sekali bukan qadi.Tatkala berdakwah,anda sedang memberi hadiah dan pada pertimbangan anda,hadiah apa yang paling pantas diberi dan bagaimana cara memberi ?Orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mampu memberi sesuatu.Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit untuknya masuk ke pintu tersebut. Manusia yang hatinya terkunci,bagaikan pintu grill besar dan kuat yang hanya dapat dibuka dengan kunci yang kecil.

Kesimpulannya,kembali kepada kemampuan daie.Potensi daie secara ruhiah, kecekapan membuat program (tidak formal), serta kesabaran dan ketahanan dalam mewujudkan program2 tersebut.Selayaknya seorang daie membuat program dan langkah-langkah dalam menyentuh hati dan mengambil simpati mad’u.Daie perlu memberi perhatian kepada kebaikan yang ada pada mad’u kemudian memupuknya sehingga keburukan yang ada padanya tersingkir dan dia mampu untuk bangkit berdiri melangkah ke jalan Islam.Daie yang paling sukses ialah:seorang pendidik kerana mereka menghayati hati dan pola pemikiran pelajar, lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.

SIKAP DAIE DAN MAD’U bagaikan GURU/PENDIDIK – PELAJAR
“Untuk mencapai kejayaan dalam usaha mentarbiah, mendidik dan mengajar mereka,tidak bermuamalah dengan mereka sebagai musuh dan hubungan pun bukan permusuhan. Jika terjadi permusuhan, kita tidak dapat menguasai mereka” Ustaz Fathi Yakan.
Konsep penguasaan Daie yang paling sukses: Doktor Menghapus penderitaan dengan kata-kata yang penuh keimanan dan memberi ubat yang sesuai.

SIKAP DAIE DAN MAD’U ibarat DOKTOR – PESAKIT
“Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat mengenai pesakit (sekun-rasi), ia akan sembuh dengan izin Allah” Riwayat Muslim

QUDWAH
"Untuk dapat mempengaruhi orang ramai, menarik mereka ke dalam jemaah dan menguasai mereka, daie mestilah menjadi contoh teladan kepada orang ramai. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan dari bahasa lidah” Ustaz Fathi Yakan.

Konsep penguasaan perilaku dan keteladanan daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat “remote control” yang dapat memindahkan siaran TV tanpa kabel.Daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang tidak akan ada kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya dalam hati orang lain.

LEMAH LEMBUT DAN BELAS KASIHAN
“Penguasaan terhadap manusia memerlukan daie itu bersifat lemah-lembut dan belas kasihan. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan dan mereka yang bersikap kasar”Ustaz Fathi Yakan.
Konsep penguasaan - “Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun buat mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”Al-Imran ; 159

EYE CONTACT
Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri hati dan dengki itu dapat memberi mudarat, mata tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

PANDANGAN KASIH SAYANG
“Sesiapa yang memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya” al-hadis.
Pandangan sekilas yang penuh dengan keteduhan dan kasih sayang yang ditujukan pada hati dan mengajak berbicara dengan lembut. Ibarat kamera hanya dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang indah.Mata adalah sarana terpenting bagi seorang daie dan merupakan wasilah yang kesannya sangat besar bagi mad’u. Kerana ketika seorang daie memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.Jika pandangan seorang yang penuh kedengkian akan menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam menghantar kepada kebenaran dan mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.Apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.Kaedah kita memberi nasihat ialah “Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu dengan kiasan/berlapik, bukan terang-terangan, dan untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti”.KISAH KAAB BIN MALEK RA“Kaum muslimin memulaukan kami selama 50 hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tiada tempat untuk kembali kecuali Allah. Sayalah yang paling tegar antara tiga orang tersebut. Saya masih tetap ikut solat berjemaah di masjid dan masih tetap ke pasar walau tidak seorang pun mengajak saya berbicara. Saya datang kepada Rasulullah yang sedang duduk di masjid selesai solat. Saya mengucapkan salam. Lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali melirik kepada baginda. Tatkala saya menatapnya, baginda memalingkan muka.”Walaupun hukuman dan tindakan itu dari Allah. Tapi jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita kehilangan rahmat kehidupan.

PANCAINDRA
Pancaindra merupakan bahagian “vital” daripada tubuh manusia dan jasad merupakan tempat tinggal bagi indra tersebut. Dengan kehilangan indra, manusia “tidak hidup dan tidak mati”; tidak berupaya memberi pengaruh kepada orang lain kerana alat penerima dan pengirim tidak berfungsi. Tanpa menggunakan indra,daie hidup di dunia tidak nyata.

HATI
Daie ibarat “qalbu”(hati), maka sesiapa yang tidak memfungsikan hatinya, mereka tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.Hati yang beriman adalah sumber penggerak.Bahasa “hati”- perasaan dan kasih sayang merupakan “bahasa” internasional yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi mad’u hatta kepada orang bisu sekalipun.“Bahasa” ini ibarat mata wang yang boleh diguna pakai di setiap tempat dan keadaan.Dengan bahasa inilah, generasi pertama umat ini menakluk dunia. Mereka adalah “lentera” kehidupan.Daie yang tidak mengingat, merasakan dan terpengaruh oleh kebaikan dan keburukan, dia tidak mempunyai hati.

KARAKTER MANUSIA
1. Berperilaku dengan akhlak Islamiyyah.
– urutan pertama.2. Berperilaku dengan akhlak asasiyyah.
– urutan kedua.3. Berperilaku dengan akhlak jahiliah. – urutan terakhir dalam dakwah fardhiah.# Bukan bererti seorang daie harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini.

DAKWAH FARDIYYAH
Menemui beberapa pemuda yang terbayang ketaatan di wajahnya; daie perlu cermat kerana biasanya pemuda begini mempunyai seseorang yang dihormati dan disegani serta mendekati salah seorang daripadanya,bergaul, sabar, lemah lembut dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang menyebabkan hubungan terganggu. Jangan tumpu kepada seorang kerana dia merasa diajak secara berlebihan dan menimbul prasangka buruk dan boleh lari daripada ajakan kita.

MENGHAFAL NAMA
Sangat penting kerana akan terjadi interaksi dan lahir sifat percaya sesama individu.Langkah awal dan “benang” pertama yang mengikat antara hati individu yang berserakan.Setiap orang tentu berasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling disukai.“Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, dia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya” HR Ad-Dailami

Wallahu Ta'ala A'lam Bis Sawab

Monday, February 15, 2010

Kenangan terindah bersamamu..kaulah sahabat,kau teman sejati..

Assalamualaikum W.B.T..


Alhamdulillah masih lagi berkesempatan pada hari ini untuk sekali lagi mengupdate blog saya yang agak cacamerba ini atas sebab masih belum memutuskan jenis entri yang sesuai untuk blog saya ini .. Sedang asyik melihat kembali pics2 bersama teman seperjuangan ketika tahun pertama menjejakkan kaki ke Bumi Kinanah ini, terimbau kembali kenangan suka duka, pahit manis yang kami tempuhi bersama ..

Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara,maka perbaikilah keadaan di antara kedua-dua kamu"
Keghairahan tahun pertama dalam menuntut ilmu Allah dari kota penuh barakah ini membuatkan ukhhuwwah antara kami makin intim bagaikan adik-beradik seibu sebapa.Ukhuwah yang terjalin begitu erat bagaikan "cubit peha kanan,peha kiri terasa sakitnya".Jerih perih kehidupan di kota penuh 1001 sejarah ini kami tempuhinya bersama.Tiada yang indah melainkan bila mengingati kembali zaman ukhuwah intim ini terjalin di antara kami.

Sayangnya semua itu tidak kekal lama .. Hari berganti hari, minggu silih berganti, bulan terus berlalu, seorang demi seorang gugur di pertengahan perjuangan yang penuh dengan ranjau dan liku ini ..Sudah Sunnatullah adat orang berukhuwah,pastinya akan terpisah jua.
Manisnya terasa ukhuwah bila disulam dengan cinta kepada allah serta mengharap keredhaan Illahi.sepertimana yang kita boleh dapati dari kalam-kalam Nabi kita yang antaranya : "7 golongan yang akan mendapat perlindungan dari Allah pada hari yang tiada padanya tempat perlindungan melainkan perlindungan dariNYA,2 lelaki yang berjumpa dan berpisah kerana Allah...." au kama qal..

Agar ukhhuwah yang dibina sejak sekian lama ini terus utuh, moga entri ini dapat menthabatkan ia agar kekal hingga ke akhir hayat ..Moga Ukhuwah yang terjalin kerana mengharapkan rehda Illahi ini akan terus bersemadi dalam jiwa kita buat selamanya.

Sunday, February 14, 2010

EXPERT Sinai'10...begin!!

Assalamualaikum W.B.T..

Hampir sebulan rasanya tak diupdate blog ini dek kerana packnya masa dengan imtihan yang baru sahaja selesai,akhirnya ada juga kelapangan untuk menulis dalam blog ini.Dalam keghairahan mencari entri yang sesuai untuk dimuatkan dalam blog ini,terlintas pula dalam benak untuk dipenuhkan dengan aktiviti BKASM pada sesi kali i..

BKASM...

Bermula dengan MAT(Mesyuarat Agung Tahunan) yang sudah 4bulan berlalu,pelbagai program telah pun dijayakan.Kali ni muncul pula ekspidisi ke Sinai yang baru sahaja bertolak dari Kompleks Selangor H10 ini pada jam 2pagi tadi.Program yang telah disusun sejak hampir 2bulan yang lepas akhirnya kunjung tiba.
Ekspidisi menawan puncak Sinai serta menghayati kawasan gunung-ganang ciptaan Yang Maha Esa yang penuh dengan sejarah yang tidak ternilai tersebut telahpun dimulakan dengan program "di ambang EXPERT'10" pada 13 Februari yang lepas.Ia merupakan program ilmiah yang banyak memberi input hal berkaitan hukum-hakam yang berlegar sekitar permasalahan "musafir".Andai ada rezeki masa yang terluang,InsyaAllah MK akan cuba kongsikan dengan sahabat serta sahabiah tentang kelangsungan program tersebut dan ilmu berkaitan permusafiran.

EXPERT Sinai'10

Ala kulli hal,tajuk MK pada kali ini ialah sekitar program Ekspedisi Rehlah Tarbawiyyah Sinai 2010.Seronok melihatkan adik-adik yang masih ceria menanti detik jam 2pagi bersama dengan beberapa AJKT BKASM yang turut serta dalam rehlah kali ini,terpukul pula sayu di hati MK kerana terpaksa batalkan niat untuk bersama adik-adik ke Sinai oleh kerana beberapa kerja yang perlu diselesaikan segera.Ada juga adik-adik yang mengusik ala2 sedih kononnya kerana tidak dapat bersama,tapi kerana tugasan,ku relakan jua(jiwang la pulak ayat.hehe..).Mesyuarat demi mesyuarat,kertas kerja program demi kertas kerja program,semuanya perlu diselesaikan segera demi memastikan perjalanan program-program BKASM pada sesi kali ini lebih lancar dan teratur.

Cadangnya nak diupload pics hasil dari wada' pagi tadi,tapi nampaknya internet tidak membenarkan.Bagus juga kalau dapat masukkan pics di sepanjang perjalanan antum nanti.

Ada rezeki kelapangan waktu dan umur yang panjang,InsyaAllah kita akan bersama2 untuk berrehlah.Moga antum semua selamat menuju ke destinasi yang ditujui dan selamat pulang ke Kaherah dengan pengajaran,pedoman,teladan dan juga input baru dari sana.

salam rehlah..